Feeds:
Posts
Comments

“Boom!” Satu bunyi yang nyaring memenuhi udara. Dewan kampung terjatuh kerana ada gempa bumi. 15 minit sebelum itu, Ahmad dan Siti sedang menyediakan untuk majlis perkahwinan mereka yang akan diadakan hari berikutnya di dalam dewan itu, tetapi sekarang, tiada siapa yang tahu mereka masih hidup atau tidak.

Semalam, semua penduduk kampung tidak sabar-sabar untuk mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” kepada kedua-duanya jadi berita kemalangan itu mengejutkan semua orang. Pengantin itu memang anak-anak emas kampung sebab mereka selalu membantu semua orang. Kerana mereka sangat menyayangi pengantin baru ini, penduduk-penduduk telah bermula membantu membersihkan reruntuhan dewan kampung itu dengan tangan terbuka.

“Tolong!” Ada seseorang di bawah reruntuhan yang menjerit kesakitan. Semua orang boleh mendengar jeritan seorang lelaki minta bantuan. “Itu Ahmad!!!” berkata ketua kampung dengan kuat, “Cepat, gali sini!” Selepas satu jam, penduduk-penduduk telah mencari Ahmad dan Siti yang masih bernyawa. Hari itu, sebuah kemalangan menjadi sebuah sambutan.

Cerita ini berlaku lima tahun yang lalu. Sekarang, Ahmad serta Siti sudah berumah tangga dan ada dua anak. Bahawa jiran-jiran mesti hidup harmoni bagai aur dengan tebing.

Advertisements

dalam video ini, saya ajarkan beberapa ayat bahasa khmer yang berguna untuk orang yang mahu melancong ke Kemboja.

Pembelian yang terbaik buat saya ialah sekeping tiket kapal terbang. Tiket ke mana serta untuk membuat apa? Seandainya anda tahu jawapan kepada kedua-dua soalan ini, anda akan tahu sebab-sebab mengapa tiket kapal terbang yang amat biasa ini boleh menjadi pembelian yang terbaik dalam hidup saya.

Tahun lalu, saya telah pergi ke negara Kemboja untuk bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berasal dari negara Perancis. Pertubuhan itu bernama Entrepreneurs du Monde dan matlamatnya ialah membantu orang-orang miskin yang tinggal di banyak negara membangun dengan pembiayaan mikro. Saya telah mendapat kerja dengan pertubuhan tersebut pada bulan Mei tahun lalu dan telah terbang ke Phnom Penh, ibu kota Negara Kemboja selepas hanya dua minggu! Saya berasa gementar sekali kerana itu merupakan kali pertama saya tinggal seorang diri di negara asing untuk masa yang agak panjang (6 minggu!). Saya telah melakukan penyelidikan di kalangan orang-orang miskin yang mendapat kredit daripada pertubuhan itu.

Perjalanan yang agak panjang ini sangat istimewa untuk saya sebab saya dapat berbual-bual dengan banyak orang miskin berbangsa Kemboja. Saya mula mimikirkan tentang masalah-masalah kemisikinan dengan lebih jelas dan sekarang saya juga ada pemahaman yang lebih mendalam tentang Negara Kemboja yang merupakan sebuah masyarakat yang amat berbeza daripada Singapura. Pengalaman ini juga membuat saya lebih menghargai keluarga dan teman-teman saya. Sepanjang masa itu, saya lebih memahami diri saya. Contohnya, selepas tinggal seorang diri selama 6 minggu, saya menyedari bahawa hubungan kekeluargaan serta persahabatan sangat penting sekali untuk saya. Semasa perjalanan itu, saya berasa seperti saya banyak berubah demi kebaikan dan mengalami banyak perkara yang tidak pernah saya alami.

Oleh sebab itu, tiket kapal terbang itu sudah semestinya menjadi belian yang terbaik saya 🙂

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!