Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2012

This slideshow requires JavaScript.

Saya hendak berkongsi pengalaman semasa dua tahun dalam tentera Singapura yang tidak akan saya lupakan, iaitu kursus Jungle Confidence Course (Kursus Menambahkan Keyakinan Diri Di Dalam Hutan) yang dijalankan di Brunei. (Setiap lelaki Singapura harus menjalani perkhidmatan tentera apabila berumur 18 tahun dan berkhidmat untuk Negara sepanjang 2 tahun). Semua pegawai kadet infantri harus menghadiri kursus JCC. Kursus selama 9 hari sangat memenatkan dan amat sukar. Ia memenatkan kerana kita harus membawa beg yang amat berat, iaitu seberat 40 kilogram. Lebih-lebih lagi, semua peserta tidak dibenarkan membawa makanan kecuali catuan-catuan untuk 2 hari sahaja. Bayangkan! Makanan secukup 2 hari tetapi harus untuk 9 hari! Selepas hanya 9 hari, saya telah hilang berat badan sebanyak 6 kilogram.

Seluruh kursus ini, kami dibahagikan menjadi kumpulan-kumpulan yang kecil. Dalam setiap kumpulan ada 7 ahli dan semua orang harus membantu antara satu sama lain. Saya masih ingat pengalaman kami tidur di dalam hutan. Pada malam pertama, kumpulan saya makan sedikit dan tidur, tetapi selepas satu jam, hujan mula turun. Kami kepenatan sekali tetapi tidak dapat tidur sebab cuaca amat sejuk. Apa lagi, kami digigit banyak nyamuk dan agas-agas. Itulah malam yang paling dahsyat dan menyedihkan.

Sebenarnya, kursus itu tidak terlalu sukar. Asal anda boleh tahan keletihan dan kelaparan selama 9 hari, anda pasti akan mendapat lencana JCC.  Namun, kumpulan saya gagal kursus itu. Bagaimana kami gagal kursus itu? Saya masih tidak tahu dengan jelas. Dalam bahagian pertama, kami hanya begerak dalam hutan ke satu tempat tertentu. Kumpulan saya ada ahli-ahli yang kuat dan pandai dalam navigasi tetapi kami tidak boleh mencari tempat terakhir itu. Saya masih ingat pada hari ketiga, kami bangun dan berasa sangat yakin akan sampai ke tempat terakhir. Lama sekali kami berjalan tetapi masih tidak boleh mencari tempat yang betul. Hutan  di Brunei sememangnya sangat tebal kerana banyak sekali pokok-pokoknya. Di dalam hutan pun ada banyak bukit-bukit kecil yang tidak ada dalam peta yang diberikan kerana ketinggian kanopi yang tertera dalam peta itu semuanya sama. Pada pukul 11 pagi, satu jam sebelum tempoh ekspidisi berakhir, kami berasa terdesak sebab masih belum sampai ke tempat terakhir itu. Pada pukul 12, kami semua berputus asa dan tidak mahu lagi meneruskan perjalanan. Kami terpaksa memanggil instruktor datang membantu kami.

Untuk sisa kursus itu, kalau kami mendapatkan markah yang penuh untuk bahagian-bahagian yang lain,mungkin kami masih boleh lulus tetapi itu terlalu sukar. Pada hari kelima, saya tahu bahawa saya sudah gagal dalam kursus itu tetapi saya memutuskan untuk meneruskannya sehingga tamat. Saya berasa sangat sedih dan letih seluruh bahagian terakhir kursus itu. Pengalaman itu adalah salah satu masa yang paling sukar dalam kehidupan saya.

Semasa kursus JCC, saya belajar tentang erti ketabahan. Mungkin juga saya telah belajar lebih banyak daripada kawan-kawan lain yang telah lulus kursus itu. Walaupun saya tidak mendapat lencana JCC, saya tetap tabah menghadapi cabaran itu.

 

Advertisements

Read Full Post »