Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2012

Pelajaran terbaik

Datuk saya meninggal dunia pada tahun 2003. Walaupun sudah lama, saya masih boleh ingat  pengebumiannya dengan jelas. Pada masa itu, saya mendapat satu pelajaran yang  sangat penting.

Pada hari itu, ibu, kakak dan saya pergi ke rumah kawan kami untuk merayakan  Krismas. Selepas mengambil makanan, ibu mendapat panggilan daripada ibu saudara yang memberitahunya bahawa  datuk telah meninggal secara tiba-tiba. Kami semua terkejut sebab datuk masih sihat dan agak kuat. Kami terus  bertolak dan pergi ke rumah datuk.

Semasa saya kecil, saya tidak tinggal dengan datuk dan nenek. Oleh itu, saya tidak boleh bercakap dalam dialek Cina keluarga saya iaitu Hokkien dan Teochew. Apabila saya datang ke rumah datuk, dia selalu menanyakan satu soalan sahaja,  “Sudah makan kah?” Ketika datuk meninggal dunia, saya menyedari bahawa saya tidak mengenal datuk kerana tidak dapat bercakap dengannya.

Itulah salah satu penyesalan yang amat menyakitkan dalam hidup saya dan itu terut menjadi salah satu pelajaran  terbaik saya.  Saya belajar bahawa komunikasi dengan keluarga saya sangat penting, terutamanya  dengan kedua-dua nenek saya. Ini terutama sekali kerana saya tidak tinggal bersama mereka. Semasa pengebumian datuk, kebanyakan orang yang datang untuk membantu atau mengunjung keluarga saya bercakap dalam bahasa Hokkien sahaja. Jadi, saya memutuskan untuk belajar Hokkien sejak masa itu sebagai penghormatan kepada datuk  dan juga sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan nenek saya. Namun sekarang, selepas 8 tahun, saya boleh bercakap Hokkien dengan fasih dan saya sering berbual dengan nenek saya. Saya juga  belajar bercakap dialek Teochew supaya boleh berbual dengan nenek sebelah ibu.

 

Read Full Post »