Feeds:
Posts
Comments

http://shesimmers.com/2011/01/nam-prik-pao-thai-chilli-jam-secret.html

Advertisements

Soya sauce

http://oysterfoodandculture.com/2010/01/special-ingredients-soy-sauce/

This slideshow requires JavaScript.

Saya hendak berkongsi pengalaman semasa dua tahun dalam tentera Singapura yang tidak akan saya lupakan, iaitu kursus Jungle Confidence Course (Kursus Menambahkan Keyakinan Diri Di Dalam Hutan) yang dijalankan di Brunei. (Setiap lelaki Singapura harus menjalani perkhidmatan tentera apabila berumur 18 tahun dan berkhidmat untuk Negara sepanjang 2 tahun). Semua pegawai kadet infantri harus menghadiri kursus JCC. Kursus selama 9 hari sangat memenatkan dan amat sukar. Ia memenatkan kerana kita harus membawa beg yang amat berat, iaitu seberat 40 kilogram. Lebih-lebih lagi, semua peserta tidak dibenarkan membawa makanan kecuali catuan-catuan untuk 2 hari sahaja. Bayangkan! Makanan secukup 2 hari tetapi harus untuk 9 hari! Selepas hanya 9 hari, saya telah hilang berat badan sebanyak 6 kilogram.

Seluruh kursus ini, kami dibahagikan menjadi kumpulan-kumpulan yang kecil. Dalam setiap kumpulan ada 7 ahli dan semua orang harus membantu antara satu sama lain. Saya masih ingat pengalaman kami tidur di dalam hutan. Pada malam pertama, kumpulan saya makan sedikit dan tidur, tetapi selepas satu jam, hujan mula turun. Kami kepenatan sekali tetapi tidak dapat tidur sebab cuaca amat sejuk. Apa lagi, kami digigit banyak nyamuk dan agas-agas. Itulah malam yang paling dahsyat dan menyedihkan.

Sebenarnya, kursus itu tidak terlalu sukar. Asal anda boleh tahan keletihan dan kelaparan selama 9 hari, anda pasti akan mendapat lencana JCC.  Namun, kumpulan saya gagal kursus itu. Bagaimana kami gagal kursus itu? Saya masih tidak tahu dengan jelas. Dalam bahagian pertama, kami hanya begerak dalam hutan ke satu tempat tertentu. Kumpulan saya ada ahli-ahli yang kuat dan pandai dalam navigasi tetapi kami tidak boleh mencari tempat terakhir itu. Saya masih ingat pada hari ketiga, kami bangun dan berasa sangat yakin akan sampai ke tempat terakhir. Lama sekali kami berjalan tetapi masih tidak boleh mencari tempat yang betul. Hutan  di Brunei sememangnya sangat tebal kerana banyak sekali pokok-pokoknya. Di dalam hutan pun ada banyak bukit-bukit kecil yang tidak ada dalam peta yang diberikan kerana ketinggian kanopi yang tertera dalam peta itu semuanya sama. Pada pukul 11 pagi, satu jam sebelum tempoh ekspidisi berakhir, kami berasa terdesak sebab masih belum sampai ke tempat terakhir itu. Pada pukul 12, kami semua berputus asa dan tidak mahu lagi meneruskan perjalanan. Kami terpaksa memanggil instruktor datang membantu kami.

Untuk sisa kursus itu, kalau kami mendapatkan markah yang penuh untuk bahagian-bahagian yang lain,mungkin kami masih boleh lulus tetapi itu terlalu sukar. Pada hari kelima, saya tahu bahawa saya sudah gagal dalam kursus itu tetapi saya memutuskan untuk meneruskannya sehingga tamat. Saya berasa sangat sedih dan letih seluruh bahagian terakhir kursus itu. Pengalaman itu adalah salah satu masa yang paling sukar dalam kehidupan saya.

Semasa kursus JCC, saya belajar tentang erti ketabahan. Mungkin juga saya telah belajar lebih banyak daripada kawan-kawan lain yang telah lulus kursus itu. Walaupun saya tidak mendapat lencana JCC, saya tetap tabah menghadapi cabaran itu.

 

Pelajaran terbaik

Datuk saya meninggal dunia pada tahun 2003. Walaupun sudah lama, saya masih boleh ingat  pengebumiannya dengan jelas. Pada masa itu, saya mendapat satu pelajaran yang  sangat penting.

Pada hari itu, ibu, kakak dan saya pergi ke rumah kawan kami untuk merayakan  Krismas. Selepas mengambil makanan, ibu mendapat panggilan daripada ibu saudara yang memberitahunya bahawa  datuk telah meninggal secara tiba-tiba. Kami semua terkejut sebab datuk masih sihat dan agak kuat. Kami terus  bertolak dan pergi ke rumah datuk.

Semasa saya kecil, saya tidak tinggal dengan datuk dan nenek. Oleh itu, saya tidak boleh bercakap dalam dialek Cina keluarga saya iaitu Hokkien dan Teochew. Apabila saya datang ke rumah datuk, dia selalu menanyakan satu soalan sahaja,  “Sudah makan kah?” Ketika datuk meninggal dunia, saya menyedari bahawa saya tidak mengenal datuk kerana tidak dapat bercakap dengannya.

Itulah salah satu penyesalan yang amat menyakitkan dalam hidup saya dan itu terut menjadi salah satu pelajaran  terbaik saya.  Saya belajar bahawa komunikasi dengan keluarga saya sangat penting, terutamanya  dengan kedua-dua nenek saya. Ini terutama sekali kerana saya tidak tinggal bersama mereka. Semasa pengebumian datuk, kebanyakan orang yang datang untuk membantu atau mengunjung keluarga saya bercakap dalam bahasa Hokkien sahaja. Jadi, saya memutuskan untuk belajar Hokkien sejak masa itu sebagai penghormatan kepada datuk  dan juga sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan nenek saya. Namun sekarang, selepas 8 tahun, saya boleh bercakap Hokkien dengan fasih dan saya sering berbual dengan nenek saya. Saya juga  belajar bercakap dialek Teochew supaya boleh berbual dengan nenek sebelah ibu.

 

Pantun 2: Teman rapat

Inilah pantun kedua tentang persahabatan: Dalam suka dan duka, teman rapat selalu bersama. 🙂

Tanam benih ke dalam tanah,
Dapat hasilnya satu hari nanti;
Senyuman itu satu sedekah,
Menjadi penawar gundah di hati.

(Topik: kemesraan)

Inilah pantun pertama saya tentang tempat tumpah darah. Tempat tumpah darah kita tidak akan dilupakan. Ia tempat yang istimewa kerana kita ada banyak ingatan manis tentang ia.

Rama-rama, lebah dan kutu,
Terkejut si anak lari spontan;
Tanah tumpah darah itulah satu,
Selalu terpahat dalam ingatan.

(Topik: Taat setia)

UTARA: Terdapat ramai orang miskin di utara negara Kemboja kerana daerah itu tidak belum dibangunkan.

MENDAYUNG: Nelayan tua itu telah mendayung tongkangnya selama dua jam untuk pergi ke sisi tasik yang jauh.

DARI: Kebanyakan pembantu rumah yang berkerja di Singapura datang dari negara Indonesia dan Filipina.

EKOR: Kedai ini menjual pelbagai jenis anjing tetapi saya paling suka anjing kecil itu yang mempunyai kaki pendek dan ekor gemuk.

PANJANG: Walaupun cuti sekolah akhir tahun agak panjang tetapi anak itu tidak membuat apa kerana dia sangat malas.

GARANG: Semua kanak-kanak yang meninggal di kejiranan ini sangat menakut anjing garang Encik Tan kerana ia menyalak dengan kuat apabila ia nampak mereka.

MENUJU: Ada peribahasa bahasa Inggeris kata “Semua jalan menuju Roma”, maknanya ada banyak cara untuk berjaya.

PELEPAH PISANG: Penduduk kampung itu mengunakan pelepah pisang untuk membuat mainan bagi dua orang anaknya.